Statistik

1.0   Pengenalan Statisktik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas,mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. Berdasarkan kursus aplikasi komputer dalam kajian Linguistik ini, statistik digunakan untuk melihat dan  menganalisis personaliti  responden Facebook berdasarkan pandangan atau andaian  iaitu  pandangan awal pengkaji, responden itu sendiri dan rakan responden melalui pemerhatian. Responden pula merujuk kepada subset populasi yang dipilih untuk mewakili populasi.  Statistik yang dipaparkan merupakan maklumat yang sahih berdasarkan ‘survey monkey ’ yang  dianalisis oleh pengkaji. Oleh itu,  kesahihan  personaliti  responden facebook dapat dilihat berdasarkan  statistik yang telah dipaparkan. melalui statistik kita dapat membuktikan sesuatu andaian, oleh hal yang demikian, satu siri ujian akan dijalankan dan dilaksanakan untuk menyusun dan memaparkan segala data yang telah diperolehi oleh pengkaji daripada setiap reponden yang telah menjawab borang kaji selidik menggunakan Surveymonkey. Statistik yang dijalankan kepada lima domain personaliti dan setiap responden wajib menjawab setiap personaliti. Setiap responden akan dianalisis untuk mengetahui tentang kesahihan sikap atau personaliti yang menjadi domain mereka.

2.0  Pernyataan Masalah Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

Kajian tentang personaliti seseorang rakan Facebook ini dilakukan dengan menggunakan metodologi tertentu. Antara metodologi yang digunakan ialah menggunakan KAEDAH KUANTITATIF. Gambar rajah dibawah menunjukkan perjalanan metodologi kajian pengkaji :

metod

Metodologi kajian merangkumi aspek persampelan, alat kajian dan prosedur kajian. Kajian ini ialah kajian kuantitatif.

6.0   Persampelan Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.

7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden. Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden. Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

7.3   Pengkodan responden. Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.

7.5   Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden. Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden. Item soalan : Soalan yang ditanya kepada responden

  1. Sebagai pemandu apakah tindakan anda apabila melihat segelintir pemandu lain memandu dalam keadaan berbahaya ?
  2. Apabila  andamemandu dan anda melihat terdapat mangsa kemalangan, apakah tindakan anda ambil?
  3. Sebagai masyarakat umum apakah tindakan anda apabila melihat kanak-kanak menjadi  peminta sedekah?
  4. Apakah tinadakan anda apabila melihat kanak-kanak lemas?
  5. Apakah tindakan anda apabila melihat seseorang dipatuk ular?
  6. Apakah tindakan  anda apabila rakan anda tidak sengaja menjatuhkan telefon anda?
  7. Apakah tindakan  anda apabila melihat ibu rakan anda sedang membuat kerja rumah?
  8. Apakah tindakan yang diambil oleh anda apabila meminta wang daripada bapa anda dan bapa anda menyatakan dia ketiadaan wang?
  9. Anda seorang pelajar yang pintar dan apakah tindakan anda apabila melihat rakan anda yang lain lemah dalam pelajaran?

7.7  Soal-selidik rakan responden. Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Soalan yang ditanya kepada rakan responden

  1. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan apabila melihat segelintir pemandu lain memandu dalam keadaan berbahaya ?
  2. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat kanak-kanak menjadi peminda sedekah ?
  3. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat ada seorang kanak-kanak lemas?
  4. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat seseorang dipatuk ular?
  5. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda yang lain tidak sengaja menjatuhkan telefon anda?
  6. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat ibu rakan anda sedang membuat kerja rumah?
  7. Bagi pendapat anda apakah tindakan yang diambil oleh rakan anda apabila meminta wang daripada bapa anda dan bapa anda menyatakan dia ketiadaan wang?
  8. Rakan anda seorang pelajar yang pintar dan apakah tindakan rakan anda apabila melihat rakan anda yang lain lemah dalam pelajaran?
  9. Apabila anda dan rakan anda memandu dan rakan and melihat terdapat mangsa kemalangan, bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda ambil?

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 70% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 69% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin. 7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

baru statistik

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang meyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah meyakinkan.

8.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   78%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang meyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 78%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah meyakinkan.

8.3   Berdasarkan jadual di atas didapati   78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang meyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 masih lagi berpersonaliti ekstrovert. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 78%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah meyakinkan.

8.4   Berdasarkan jadual di atas didapati   89%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang meyakinkan dengan 89% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 89%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

8.5   Berdasarkan jadual di atas didapati   56 daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 61.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah meyakinkan menyakinkan.

9.0 Rumusan Kajian

Sebagai rumusan, kebanyakkan tanggapan pengkaji mengenai personaliti rakan facebook adalahmenyakinkan seperti rakan facebook yang berpersonaliti berfikiran terbuka, ektrovert ,menyenangkan perasaan, berhemah dan neurotik. Hal ini demikian kerana tanggapan responden terhadap dirinya sendiri dan tanggapan rakan responden terhadap responden adalah sama dan boleh dikategorikan sebagai data yang  ’sahih’ berdasarkan ‘survey monkey’ yang dibuat. kesimpulannya, kesemua  tanggapan personaliti rakan facebook adalah boleh diterima dengan melihat 10 posting dan komennya   responden yang telah dilakukan dalam kursus SKPB 1023  sebelum ini.

Advertisements

3 thoughts on “Statistik

  1. ya terima kasih nasuhaasari :-).Insyaallh teguran ini akan saya ambil perhati pada masa akan datang agar ianya tidak menjadi satu kelompongan dalam kerja yang saya jalankan.

Sila taip komen bernas anda di sini

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s