Muka Depan

4warna

DIALEK PASIR PUTEH, KELANTAN: SUATU KAJIAN ASPEK BAHASA

NOORHANIS BINTI AMRAN (A137929)

PENSYARAH

DR. ZULKIFLI AHMAD

PROJEK INI DISEDIAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS

SKBL2113 – APLIKASI KOMPUTER UNTUK KAJIAN LINGUISTIK

PUSAT PENGAJIAN BAHASA DAN LINGUISTIK

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 2 – SESI 20122013

Advertisements

Pengenalan Kursus

Dialek Pasir Puteh, Kelantan: Satu Kajian Aspek Bahasa.

Kajian ini adalah mengenai kajian yang mengkaji lima aspek bahasa yang meliputi bidang-bidang yang terdapat dalam linguistik iaitu bidang fonologi iaitu bidang yang mengkaji bahasa, morfologi yang merupakan bidang yang mengkaji pembentukan kata, sintaksis iaitu bidang yang mengkaji pembentukan ayat,bidang semantik yang perkaji mengenai aspek makna seterusnya bidang pragmatik yang mana melihat kesesuaian sesuatu bahasa digunakan dalam sesuatu keadaan. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji telah memilih dialek Kelantan sebagai bahasa yang akan dikaji dan bahasa standard merupakan penanda aras dalam membuat kajian ini. Responden yang dipilih untuk menjayakan kajian ini merupakan pensyarah UM yang mana dialek Kelantan merupakan bahasa pertuturannya di rumah dan telah tinggal di kawsan kajian lebih daripada sembilan belas tahun.

Bab 1

Bab 1

Pengenalan

1.1 PENGENALAN

Kajian ini akan mengkaji mengenai dialek kelantan yang dituturkan oleh penutur natif yang berasal dari negeri Kelantan dengan membincangkan beberapa aspek bahasa yang utama iaitu dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Fonologi ialah kajian mengenai bunyi bahasa yang mana kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa, morfologi pula melihat dari aspek struktur kata, binaan kata, bentuk kata, dan golongan kata dialek Kelantan tersebut. Seterusnya aspek sintaksis merupakan kajian mengenai pembinaan ayat, semantik merupakan bidang ilmu mengenai kajian atau analisis makna yang melibatkan makna secara sinkronis dan aspek yang kelima iaitu pragmatik merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi penggunaan struktur bahasa sebagai alat perhubungan antara dua hala iaitu penutur dan pendengar sama ada komunikasi lisan atau bukan lisan. Lima aspek ini dikaji menggunakan pengaplikasian komputer seperti aplikasi “antconc” untuk menganalisis jumlah data linguistik, dan menggunakan perisian “soundcloud” untuk simpanan audio, perisian “survey monkey” untuk membuat kaji selidik latar belakang responden/sample kajian. Seterusnya hasil dapatan kajian yang diperolehi akan dipaparkan menerusi laman youtube untuk dipaparkan pula pada blog “wordpress”.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan Masalah

Aplikasi dalam kajian Linguistik bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar mengenai pengaplikasian komputer dalam kajian Linguistik. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aspek Linguistik yang terdapat dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dan membuat perbandingan antara dialek tersebut dengan bahasa Melayu standard. Kajian ini dilakukan oleh pengkaji adalah bertujuan  untuk mengetahui masalah yang timbul dalam sebutan, beberapa aspek proses mengkaji morfologi  juga perlu diberi perhatian iaitu mengkaji mengenai penggunaan imbuhan seperti imbuhan awalan dan akhiran yang dihadapi oleh penutur dialek Pasir Puteh , Kelantan. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji permasalahan mengenai pembentukan kata yang terbentuk dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan yang bercanggah dengan bahasa Melayu standard. Perbezaan dari segi semantik juga akan dilihat sama ada wujudnya perbezaan semantik antara dialek yang dikaji dengan bahasa Malaysia Standard atau tidak. Oleh itu, kajian ini juga akan menumpukan terhadap penggunaan pragmatik iaitu untuk melihat cara penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan menggunakan dialek tersebut mengikut situasi yang sesuai seperti kata panggilan keluarga atau sebagainya. Hal ini menimbulkan pemasalahan kerana mengkin terdapat pelbagai perbezaan aspek Linguistik antara dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

Kajian ini juga dilakukan oleh penduduk asal Pasir Puteh yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya. Kajian-kajian mengenai dialek Kelantan banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas, namun kebanyakkan mereka tidak menyentuh mengenai dialek Pasir Puteh, Kelantan. Contohnya kata panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu Kuala Krai, Kelantan yang ditulis oleh Nor Kasmaliza Binti Bonia (2008), Kesopanan Berbahasa dalam komunikasi dialek Kelantan : Segman apa khabar orang kampung kita (AKOK) dalam radio Malaysia Kelant yang ditulis oleh Siti Zaleha Bt Mohd Nor (2010) dan analisis pola-pola pembentukan kata perkataan dalam sembang maya dialek Kelantan yang ditulis oleh Aminuddin Bin Othman (2010). Namun demkian, pengkajian secara khusus mengenai dialek Pasir Puteh, Kelantan masih tidak dilakukan. Hal ini menimbulkan kelompangan dalam kajian yang akan diisi oleh pengkaji.

Kajian pengaplikasian dalam komputer ini dibuat selama 14 minggu iaitu bermula pada minggu pertama perkuliahan sehinggalah pengahiran kursus ini. Antara kepentingan yang boleh dikenal pasti dalam kajian ini ialah masa untuk untuk data kajian daripada responden boleh dibuat sepanjang perkuliahan. Namun begitu, terdapat beberapa pemasalah yang perlu diatasi iaitu masa lapang pengkaji dengan responden kadang kala bercanggah. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar untuk mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat. Kekangan-kekangan seperti ini sedikit sebanyak menyukarkan pegumpulan data daripada resonden.

rujukan  :

kata panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu Kuala Krai, Kelantan yang ditulis oleh Nor Kasmaliza Binti Bonia (2008).

Kesopanan Berbahasa dalam komunikasi dialek Kelantan : Segman apa khabar orang kampung kita (AKOK) dalam radio Malaysia Kelantan yang ditulis oleh Siti Zaleha Bt Mohd Nor (2010).

Analisis pola-pola pembentukan kata perkataan dalam sembang maya dialek Kelantan yang ditulis oleh Aminuddin Bin Othman (2010)

1.3  SOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau masalah berikut;

1.  Apakah perbezaan  perkataan yang dibunyikan oleh penutur natif dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

2.  Apakah pembentukan kata yang diujarkan oleh penutur natif dialekPasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard .

3.   Apakah perbezaan antara strukutur pembentukan ayat dalam dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard

4.    Apakah makna  disebalik perkataan, frasa, dan ayat yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh , Kelantan yang mempunyai makna  yang tersendiri.

5.   Apakah perbezaan kata antara   dialek Kelantan berbanding Bahasa Melayu Standard dalam situasi percakapan harian mengikut pangkat atau status.

1.4 OBJEKTIF  KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif utama iaitu :

  1. Mengena lpasti  perbezaan  perkataan yang dibunyikan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard .
  2. Mengenal pasti  pembentukan kata yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.
  3.  Mengenal pasti  perbezaan antara strukutur pembentukan ayat dalam dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.
  4. Mengenal pasti  makna  disebalik perkataan, frasa, dan ayat yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan yang mempunyai makna  yang tersendiri..
  5. Mengkaji perbezaan kata antara   dialek Kelantan berbanding Bahasa Melayu Standard dalam situasi percakapan harian mengikut pangkat atau status.

1.5   SKOP KAJIAN

Kajian ini ialah kajian tentang pengenalan kepada pengunaan atau aplikasi komputer dalam linguistik dan kajian bahasa. Kajian ini hanya tertumpu kepada penutur dialek Pasir Puteh, Kelantan yang menggunakan dialek tersebut sepenuhnya. Dalam konteks kajian ini, sasaran yang dipilih adalah responden  yang menjadi penduduk asal bagi daerah tersebut. Seorang responden dipilih untuk dikaji daripada  pelbagai aspek yang terdapat dalam Lingustik yang meliputi aspek Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik dan Pragmatik. Setiap aspek tersebut mempunyai soalan-soalan yang berbeza bagi memudahkan kajian dijalankan mengikut kesesuaian aspek-aspek tersebut.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini akan memperlihatkan persamaan atau perbezaan dari segi sebutan, pembentukan kata, tabahasa, makna kata dan juga penggunaan bahasa pasa sesuatu situasi antara dialek Kelantan dan Bahasa Melayu baku.

Bab 3

Bab 3

Metodologi Kajian

3.1  PENGENALAN

Metodologi penyelidikan bertujuan untuk mendapatkan data hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, responden dikaji mengenai lima aspek bahasa yang digunakan oleh penutur dialek Pasir Puteh, Kelantan. Pengkaji akan menggunakan kaedah seperti memilih lagu dikir barat yang dinyanyikan dalam dialek Kelantan.

a)    Kaedah analisis teks dan kualitatif.

Dalam kaedah ini, pengkaji memilih seorang responden yang berasal dari daerah Pasir Puteh, Kelantan. Pemilihan responden dibuat secara teliti. Dalam pemilihan responden, pengkaji akan  memastikan bahawa responden tersebut telah dilahirkan dan menetap di daerah tersebut  sejak lahir iaitu tinggal di Pasir Puteh hampir 19 tahun tanpa keluar dari Kelantan. Sekarang beliau telah menjadi seorang pensyarah di Universiti Malaya tetapi masih menggunakan dialek Kelantan dalam lagu dikir barat responden.

B)    Kaedah Rakaman

Semasa proses memilih lagu dijanlankan, pengkaji merakam lagu yang dinyanyikan oleh responden dalam lagu dikir barat responden tersebut. lagu dikir barat dirakam dengan menggunakan alat perakam dan telefon bimbit.

3.2  SAMPEL KAJIAN

Responden yang dipilih merupakan seorang penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan yang mengajar di Universiti  Malaya. Responden  telah menetap dikawasan kajian iaitu di Pasir Puteh selama 19 tahun.

 

3.3 ALATAN KAJIAN

Berdasarkan data yang dikaji melalui sampel kajian, beberapa alatan dan medium dalam perisian komputer telah digunakan untuk melengkapkan lagi kajian. Antara perisiannya ialah seperti :

a)      Antconc

b)      Survey Monkey

c)       Sound Cloud

d)      WordPress

e)      You Tube.

Suara responden akan dirakam dan kemudiannya akan diedit dengan menggunakan perisian Audacity. Rakaman suara yang telah siap diedit akan ditranskripsikan ke dalam bentuk teks. Selepas itu, transkripsi fonetik akan dilakukan untuk mendapatkan perubahan Bahasa Melayu kepada  dialek Pasir Puteh, Kelantan bagi menentukan perbezaan antara dialek tersebut dengan Bahasa Melayu standard.

3.4  PROSEDUR KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses dijalankan merangkumi aspek linguistik  yang diberi perhatian dalam kajian pengkaji iaitu aspek sebutan(fonetik), pembentukan kata(morfologi), pembentukan ayat (sintaksis), makna kata (semantik) dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi kata kata panggilan keluarga dan sebagainya (Pragmatik).

3.4.1      Aspek sebutan (vokal, kosonana dan diftong)
– Membuat rakaman audio responden
– Membuat transkripsi fonetik mengenai dialek Pasir Puteh dari segi sebutan.
– Membezakan sebutan Kata Nama dan Kata Kerja dialek Pasir Puteh dengan Bahasa Melayu Standard.

3.4.2       Aspek Pembentukan Kata 
– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.

3.4.3        Aspek Makna Kata
– membuat rakaman audio responden
– membuat transkripsi fonetik
– hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.
– leksikal pilihan dalam kategori Kata Nama dan Kata Kerja akan dianalisis dari aspek makna kata dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3.4.4     Aspek Pembentukan Frasa dan ayat
– Antara perkara yang diambil perhatian dari aspek pembentukan frasa dan ayat ialah penggunaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa keterangan yang ada digunakan dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan
– Mengesan perbezaan yang wujud dalam penggunaan frasa tersebut dalam Bahasa Melayu Standard.
– Membuat rakaman audio responden
– Membuat transkripsi fonetik
– Hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal frasa nama, kerja, adjektif dan keterangan
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.
– Leksikal pilihan dalam kategori frasa tersebut akan dianalisis dari aspek pembentukan frasa dan ayat dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3.4.5       Aspek Pragmatik (pemilihan kata dalam panggilan keluarga dan sebagainya)
– Kategori senarai leksikal yang dipilih ialah kategori Kata Ganti Nama dan Kata Panggilan Keluarga dalam konteks tidak formal.
– Membuat rakaman audio responden
– Membuat transkripsi fonetik
– Hasil transkripsi akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam formal
TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc.
– Leksikal pilihan dalam kategori Kata Ganti Nama dan Kata Panggilan Keluarga dalam konteks tidak formal akan dianalisis dari aspek pragmatik dalam dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.

3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, metodologi  yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih metod-metod  yang bersesuaian agar hasil yang diperolehi tidak dapat dipertikaikan. Selain itu, responden yang dipilih memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dan selaras dengan objektif kajian.  Metodologi kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah penyelidikan pengkaji.

Bab 4 – Dapatan Kajian

4.1 Pengenalan Bagi setiap kajian, bahagian dapatan kajian ini merupakan antara bab yang penting kerana di bahagian ini, segala dapatan kajian akan ditunjukkan. 4.2 Dapatan Kajian Dapatan kajian merupakan hasil daripada kajian yang didapati oleh pengkaji mengenai sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapatkan dapatan mengenai lima aspek linguistik yang terdapat dalam dialek Kelantan iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat atau tatabahasa, semantik dan pragmatik.

4.2.1 Llirik lagu

https://docs.google.com/file/d/0By0151kcx3o7bTQxYmlQeGE5elU/edit?usp=sharing

4.2.2 Lampiran sinopsis ” Bangkit Asal” Dalam lagu ini, penutur memberi gelaran kepada diri beliau sebagai Halim bin Yazid bin Awang Teh yang berasal dari kampung Canggai dalam daerah pasir puteh. Beliau dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun beliau hidup dalam kemiskinan. Semasa kecil beliau hanya makan nasi dan kalau mempunyai sekerat ikan pun beliau terpaksa membahagikan kepada dua. Di dapur beliau hanya mempunyai garam dan jarang sangat mempunyai gula.malam beliau hanya minum air perigi. Ibu beliau selalu merebus ubi untuk beliau jadikan sebagai bekal dan ibu beliau selalu berpesan kepada beliau supaya belajar rajin-rajin. Masa beliau 7 tahun,beliau pun mula bersekolah. Satu kelas merangkumi pelajar dari 3 buah kampung. Cikgu ramai yang memuji beliau dengan mengatakan hati beliau cerah kerana beliau hanya mencongak matematik sahaja. Walaupun beliau miskin tetapi kemiskinan tidak menghalang beliau belajar dan menjadi pelajar yang bijak Masa sekolah menengah beliau belajar di sekolah Tok Janggut. Beliau malu kerana beliau hanya memakai seluar buruk dan baju koyak. Untuk membayar yuran,tambang bas dan beli buku,ayah beliau terpaksa menjual ayam kesayangan ayahnya. Ayah beliau terpaksa berkorban untuk menanggung kos pembelajaran beliau. Beliau sangat terharu dengan tindakan ayahnya itu. Beliau menanam dalam hati untuk belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa beliau.Keputusan spm beliau memperolehi gred 1. Selepas itu beliau menyambungkan pengajian ke tingkatan 6. Beliau berasa sedih apabila masuk tingkatan 6 beliau terpaksa tukar ke sekolah kamil. Beliau malu untuk mendekati rakan-rakannya kerana rakan-rakan beliau semua orang senang. Semasa belajar di tingkatan 6, terlalu banyak ujian yang perlu beliau tempuhi seperti pemandu bas hari-hari minta tambang bas kerana beliau tidak membayar lagi tambang bulan lepas dengan bulan ini menyebabkan beliau lompat turun dari bas dan berjalan kaki sambil memikul beg. Dari kampung beliau ke sekolah menengah kamil beliau hanya berjalan kaki sambil berlari dengan air mata berlinangan. Beliau jarang sangat berada dalam keadaan kenyang kerana selalunya beliau hanya berada dalam keadaan lapar kerana duit poket beliau hanya rm1 seminggu dan beliau fikir wang tersebut lebih baik simpan. Apabila keputusan stpm diumumkan, rakan-rakan beliau datang kearah beliau dan memuji beliau kerana keputusan beliau paling cemerlang. Ayah beliau buntu memikirkan cara untuk mencari wang bagi menanggung beliau untuk sambung belajar ke universiti. Ayah membuat keputusan untuk menjual sekeping tanah. Beliau meninggalkan kampung dengan perasaan sedih atau tangisan. Di kuala lumpur beliau tidak mempunyai saudara mara. India,cina mengelilingi beliau pada hari pertama pendaftaran. Hasil usaha beliau, beliau dapat melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun 1980an. Beliau bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana malu dengan kata-kata saudara mara beliau yang merendah-rendahkan beliau kerana mereka menganggap bahawa menghantar anak lelaki belajar hanya menghabiskan harta. Akhirnya beliau Berjaya dalam hidup.

4.2.3 Hasil kajian

kk

4.3.1 Sebutan Fonologi ialah ilmu Lingustik yang mengkaji strukutur dan pola semantik bunyi dalam bahasa manusia (Adrian Akmajia : 2002). Oleh hal yang demikian, kajian hanya membincangkan bentuk dan pola bunyi vokal, konsonan, dan diftong dalam dialek Melayu Kelantan. Berdasarkan dialek Pasir Puteh, Kelantan, terdapat beberapa pengguguran, pengantian dan penambahan beberapa fonem yang mempunyai perbezaan dengan Bahasa Melayu Standard. Antara hasil kajian dalam aspek sebutan bunyi ini adalah seperti berikut. 1. Aspek pengguguran fonem :

1

Penerangan : data 1 : pengguguran fonem [ng] dalam perkataan ‘bangkit’ telah menjadi /bake?/ dalam dialek Kelantan. Selain itu, berlaku juga pengguguran fonem [i] dan [t ] tetapi telah diganti dengan fonem [e/]dan fonem hentian glotis [?]. ini kerana dalam dialek Kelantan fonem [k] diganti dengan hentian glotis [?]. data 2 : pengguguran [a] dalam perkataan ‘kalau’ telah menjadi /kalu/ dalam dialek Kelantan. Hal ini kerana, diftong [au] tidak wujud dalam dialek kelantan. data 3 : pengguguran fonem [a] dan [m]telah berlaku dalam perkataan ‘dalam’ dan menjadi /dale/ dalam dialek Kelantan. fonem [a] digugurkan dan diganti dengan fonem [e]. Hal ini kerana dalam dialek Kelantan tidak boleh di akhiri dengan fonem [a]. data 4 : pengguguran fonem [i] berlaku dalam perkataan ‘ibunda’ dan menjadi /bonda/ dalam dialek. pengguguran fonem [u] juga berlaku tetapi diganti dengan fonem [o] . data 5 : pengguguran fonem [ng] dalam perkataan ‘orang’ menjadi /ᴐɤe/ dalam dialek. pengguguran fonem [o] diganti dengan fonem [o] separuh bulat [ᴐ] dan fonem [r]  diganti dengan fonem gamma [ɤ]. data 6 : pengguguran fonem [e] dan [r] dalam perkataan ‘beri’ telah menjadi /buwi/ dalam dialek Kelantan. walaupun fonem [e] dan [r] digugurkan tetapi diganti dengan fonem [u] dan [w]. data 7 : pengguguran fonem [a] dan [n] dalam perkataan ‘makan’ dan menjadi /makԐ/ dalam dialek. Hal ini kerana dalam dialek tidak boleh berlaku fonem [a] di akhir kata. data 8 : pengguguran fonem [a] telah berlaku dalam perkataan ‘bahagia’ dan menjadi /bahgia/ dalam dialek. data 9 : pengguguran fonem [m] dan [r] telah berlaku dalam perkataan ‘campur’ dan menjadi /ʤɑpo/ dalam dialek. fonem [u] digugurkan tetapi diganti denga fonem [o]. data 10 : pengguguran fonem [e] dan [r] telah berlaku dalam perkataan ‘seluar’ dan menjadi /slua/. data 11 : pengguguran fonem [r] telah berlaku dalam perkataan ‘lapar’ dan menjadi /lapo/ dalam dialek. fonem [a] digugurkan dan diganti dengan fonem [o]. dalam dialek Kelantan tidak wujud fonem [a] di akhir kata. data 12 : pengguguran fonem [n] telah berlaku dalam perkataan ‘hutan’ dan menjadi /hute/. Fonem [a] digugurkan dan diganti dengan fonem [e]. data 13 : pengguguran fonem [m] telah berlaku dalam perkataan ‘garam’ dan menjadi /ɡɑɤe/. fonem [a] digugurkan dan diganti dengan [e] begitu juga dengan fonem [r] diganti dengan fonem gamma [ɤ]. 2- Aspek penambahan fonem :

sebutan3

penerangan :

data 1: penambahan fonem [ng] telah berlaku dalam perkataan ‘habis’ dan menjadi /ngabih/ dalam dialek Kelantan. Selain itu, pengguguran fonem [s] telah berlaku dan diganti dengan fonem [h] di akhir kata. Dalam dialek Kelantan tidak wujud fonem [s] di akhir kata. data 2: penambahan fonem [ә] scwa dalam perkataan ‘harta’ dan menjadi /haɤәto/ dalam dialek. Fonem [r]  diguguran dan diganti dengan fonem gamma [ɤ] dan fonem [a] digugurkan dan diganti dengan fonem[ o] di akhir kata. dara 3 : penambahan fonem [a] dan [k] di tengah kata dalam perkataan ‘tiada’ menjadi /takdo?/. Selain itu berlaku pengguguran fonem [a] dan diganti dengan fonem [o] dan hentian glotis [ʔ] di akhir kata.

3. Aspek penggantian fonem :

2

penerangan :

data1 : penggantian fonem [a] dalam perkataan ‘berasa’ telah menjadi /beɤaso/ dalam dialek Kelantan. Fonem [a] telah diganti dengan fonem [o] dan fonem [r] diganti dengan fonem gamma [ɤ]. data 2 : penggantian fonem [a] dalam perkataan ‘pada’ telah menjadi /pado/ dalam dialek. Fonem [a] tidak wujud di akhir kata dalam dialek Kelantan. data 3 : penggantian fonem [a] dalam perkataan ‘jasa’ telah menjadi /ʤaso/ dalam dialek. data 4 : penggantian fonem [s] dalam perkataan ‘atas’ telah menjadi /atah/ dalam dialek. Hal ini kerana dalam dialek tidak wujud fonem [s] di akhir kata. 4.3.2  Pembentukan Kata Dalam proses pengimbuhan , pembubuhan afiks dilakukan dengan cara memberikan imbuhan sama ada awalan, sisipan, atau akhiran pada morfem lain. ( sulchan Yasin 1987). Oleh itu, pengimbuhan atau afiksasi merupakan satu proses morfologi  yang menerbitkan kata dengan cara menggabungkan imbuhan atau afiks kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dalam morfem terikat, manakala kata dasar pula merupakan morfem bebas. Proses penggandaan pula merupakan bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang (Arbak : 1985) . oleh itu, dalam pembentukan kata ini, pengkaji akan melihat mengenai pertambahan, pengguguran, penggantian kata yang terdapat dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan yang berbeza dengan bahasa standard.Kajian pembentukan kata ialah kajian mengenai pembentukan kata bagi sebuah perkataan itu sama ada berimbuhan, tunggal, kata ganda, kata majmuk, dan sebagainya. Selain itu, dalam kajian ini, aspek kekerapan kata juga diambil kira. Aspek kekerapan kata, frasa dan sebagainya dapat dibuktikan dengan penggunaan perisian Ant Conc. Berikut merupakan beberapa dapatan kajian mengenai pembentukan kata dalam dialek Kelantan. Aspek Pembentukan Kata Pengkaji telah menjalankan kajian terhadap Subjek Kajian yakni Responden merupakan penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan. Pada tahap kajian kedua pengkaji memfokuskan kajian terhadap aspek pembentukan kata. Hasil daripada analisis teks  yang dilakukan, pengkaji dapat mengenal pasti pembentukan ayat seperti penggandaan leksikal, pengguguran suku kata, pengguguran fonem, pemotongan suku kata. Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah secara menganalisis lagu dikir barat yang dinyanyikan oleh penutur dialek Melayu Pasir Puteh, Kelantan sendiri. Berikut adalah Transkripsi Teks Dialek Pasir Puteh, Kelantan yang dibandingkan dengan BMS sebagaimana dalam rajah berikut :

Transkripsi   Dialek Jeli, Kelantan Transkripsi Bahasa Melayu Standard
Data 1 :
Sain skelah ore sene-sene nak masuk dekat ambo raso malu. Bose ko drebar bas duk mitok pitih ari-ari. Ambo gi sekolah berunggga-ungga. Kawan sekelas orang kaya-kaya nak masuk dekat saya rasa malu. Bosan kepada pemandu bas selalu minta duit hari-hari. Saya pergi sekolah berlari-lari.
Data 2:
Ambo nak sambung kisoh diri sendiri.Baju ambo muroh telajok 12 rial jah sehelai. Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo. Kalu ado pun sekerat ike kena bagi dua. Dapur cumo ado gare, jare bena ado gulo Saya hendak sambung kisah diri sendiri. Baju saya murah sangat 12 ringgit sahaja sehelai. Masa kecil saya biasa makan nasi sahaja. Kalau ada pun sekerat ikan kena bahagi dua. Dapur Cuma ada garam, jarang benar ada gula.
Data 3:
ambo gi sekolah berungga-ungga, ambo nok ngaji wi pandai-pandai. Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade. Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh Saya pergi sekolah berungga-ungga. Saya hendak belajar bagi pamdai-pandai. Saya adalah yang banyak sekali kena berlari keliling padang. Tekad dalam hati saya hendak belajar sungguh-sungguh
 Data 4: berungga-ungga, gelegar, celek, basal, kelik, serial, samah.  Berlari-lari, lantai, buka, pulang, seringgit lima puluh sen.

Dapatan leksikal   analisis pembentukan kata

Data 1:
1. sain-sain 1. kawan-kawan
2. berungga-ungga 2. berlari-lari
3. ari-ari 3. hari-hari
Data 2:
1. sajo 1. sahaja
2. jah 2. sahaja
3. make 3. makan
4. ike 4. ikan
5. beso 5. biasa
6. kalu 6. kalau
7. gare 7. garam
8. jare 8. jarang
9. bena 9. benar
Data 3:
1. gi 1. pergi
2. nok 2. hendak
3. wi 3. bagi
4. nok 4. hendak
5. dale 5. dalam
6.pade 6. padang
DAPATAN ANALISIS LINGUISTIK : PEMBENTUKAN KATA Dalam usaha pengkaji membuat analisis teks, pengkaji mendapati pembentukan kata terdapat dalam kajian ini.Berikut adalah hasil dapatan analisis data:1. Penggandaan separa-bermaksud proses pengulangan yang menyalin setengah elemen yang terkandung dalam kata dasar.Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {yuran}.Contoh DPPK – BMS :

1. berungga-ungga –  {berlari-lari}

2. berline-line        –   {berlinang-linang}

2. Pemotongan suku kata– bertujuan untuk memendekkan penyebutan elemen yang terkandung dalam kata dasarDapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }.

Contoh {yuran}. Contoh DPPK  –         BMS

1. nak         –          {hendak}

2. dale        –         {dalam}

3. ni            –           {ini}

4. atah        –           {atas}

5. pon         –           {pun}

6. ore          –        {orang}

7. gi            –          {pergi}

8. male       –         {malam}

9. bui          –         {beri}

10. saye      –         {sayang}

11. aye        –        {ayam}

12. ike        –     {ikan}

13. nga       –         {dengan}

14. jah        –          {sahaja}

15. pade      –          {padan}

16. sene      –        {senang}

17. bule      –        {bulan}

3. Pengguguran fonem pada kedudukan koda dalam suku kata terakhir dalam leksikal. Contoh dalam Dialek Pasir Puteh Kelantan (DPPK) ialah pengguran Konsonan [h]. Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {yuran}. Contoh DPPK   –        BMS

1. bule        –         { bulan}

4. Pengguguran fonem pada kedudukan koda dalam suku kata pertama dan kedua dalam leksikal. Contoh dalam DPPK ialah berlaku pengguguran Konsonan [n] dan [l]. Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {yuran}. Contoh DPPK :

1. bata       –        {banta}

5. Pengguguran fonem vokal pada kedudukan Rima dalam suku kata pertama leksikal. Contoh dalam DPPK ialah berlaku pengguguran vokal [e]. Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {yuran}. Contoh DPPK :

1. beraso    –       {brase}

6. Pembentukan leksikal baru bagi leksikal yang sedia ada dalam BMS Dapatan leksikal dalam BMS ditulis bersifat Linguistik iaitu leksikal atau morfem ditulis atau ditandai dengan lambang {  }. Contoh {yuran}. Contoh DPPK :

1. berungga      –           {berlari}

2. gelegar         –           {lantai}

3. celek            –           {bukak}

4. kelih             –           {lihat}

5. pitih             –            {duit}

6. serial           –            {seringgit}

7. samah         –            {lima puluh sen}

KESIMPULAN Secara kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada dapatan data dan analisis data kajian jelas menunjukkan dialek Pasir Puteh Kelantan (DPPK) turut mengalami proses pembentukan kata yang juga lazim terjadi dalam Bahasa Melayu Standard apabila dilihat dari sudut ujaran. DPPK juga dilihat mewujudkan pembentukan leksikal baru terhadap bentuk leksikal asal BMS.

4.3.3 Aspek Pembentukan Ayat

Pengkaji telah menjalankan kajian terhadap Kajian Teks ‘Dikir Barat’. Responden merupakan penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan.

Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah juga secara menganalisis teks tersebut. Hasil dapatan daripada analisis yang telah dijalankan, saya dapat memperlihatkan penggunaan pembentukan ayat seperti frasa nama,frasa adjektif, frasa keterangan, dan frasa kerja.

Berikut adalah Transkripsi Teks Dialek Pasir Puteh, Kelantan dan Bahasa Melayu Standard (BMS). Sebagai contoh :

Transkripsi   Dialek Pasir Puteh, Kelantan Transkripsi Bahasa Melayu Standard
Data 1 :Ambo lahir ke dunia dari serambi gelegar buluh. Ambo celik mato tengok alam ni lawa sunggoh. Ambo pon besar dengan penuh kasih saye, dale sebuoh basal diri atah tanoh ore. Ari-ari lapa jare bena ari kenye, pitih poket seminggu serial pade wak beli baik ambo sipe. Saya lahir ke dunia atas lantai buluh. Saya buka mata lihat alam ini lawa sungguh. Saya pun besar dengan penuh kasih sayang, dalam sebuah pondok didirikan atas tanah orang. Hari-hari lapar jarang benar hari kenyang, duit poket seminggu seringgit daripada membeli baik saya simpan.
Data 2:Ambo celek mato tengok alam ni lawa sunggoh. Bose ko drebar bas duk mitok pitih ari-ari. Ambo lopak turun bas galas beg bejale kaki. Ambo gi sekolah berungga-ungga. Saya buka mata lihat alam ini lawa sungguh. Bosan kepada pemandu bas selalu minta duit hari-hari. Saya lompat turun bas bawa beg berjalan kaki. Saya pergi sekolah berlari-lari.
Data 3:Ambo celek mato tengok alam ni lawa sunggoh. Ambo pon besar dengan penuh kasih saye. Cikgu sanjung kato hati ambo ceroh. Saya buka mata lihat alam ini lawa sungguh. Saya pun membesar dengan penuh kasih sayang. Cikgu puji kata hati saya cerah.
Data 4:Ambo celek mata tengok alam ni lawa sunggoh. Saya buka mata lihat alam ini lawa sungguh.
Dapatan leksikal analisis pembentukan ayat
Data 1:
  1. gelegar buloh.
  2.  celek mato.
  3. sebuoh basal.
  4. pitih poket
 1. lantai buluh2. buka mata3. sebuah pondok4. duit saku/ duit poket
Data 2:

  1. Celek mato
  2. Mitok pitih
  3. Berungga-ungga
1. buka mata2. minta duit3. berlari-lari
Data 3:

  1. Lawa
  2. Kasih saye
  3. Hati ambo ceroh
1. lawa/cantik2. kasih sayang3. hati saya cerah
Data 4:

  1. Lawa sunggoh
1. cantik sungguh

DAPATAN ANALISIS LINGUISTIK : PEMBENTUKAN AYAT

Dalam usaha pengkaji memaparkan dapatan analisis berkaitan dengan pembentukan ayat. Dapatan ini dikeluarkan dari analisis teks yang telah pengkaji kaji.

 

4.3.4  Semantik Setiap ujaran akan terselah maknanya jika penyingkapan maksud ujaran tersebut dilakukan lapisan demi lapisan bagi memastikan interpretasi sebenar dapat diperoleh. Dengan cara ini juga, hasil interpretasi makan akan lebih bersifat saintifik serta boleh dipertanggjawabkan. Menurut Slamet Muljana (1964) semantik ialah cabang linguistik yang bertugas untuk meniti makna kata, bagaimana ia bermula, tentang bagaimana perkembangan dan apa sebabnya terjadi dalam sejarah bahasa. Beliau berpendapat banyak bidang-bidang lain seperti limu jiwa, kemasyrakatan dan ketatanegaraan mempunyai kaitan dengan semantik. Aspek Makna Kata Pengkaji telah menjalankan kajian terhadap lagu dikir barat.Responden merupakan penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan. Pada tahap kajian keempat pula, pengkaji memfokuskan kajian terhadap aspek makna kata yang dihasilkan oleh Responden dalam dialek Pasir Puteh yang amat berlainan maknanya setelah dibandingkan dengan makna sebenar dalam BMS. Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah juga secara mikro,pengkaji menganalisis yang membolehkan pengkaji mendapat data untuk menyebut leksikal / kata pilihan pengkaji dalam gaya sebutan dialek Pasir Puteh yang dikuasainya. Hasil dapatan daripada analisis yang telah dijalankan, memperlihatkan wujudnya leksikal dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan yang amat berbeza sekali maknanya berbanding dengan makna sebenar dalam BMS. Berikut adalah Transkripsi Teks Dialek Pasir Puteh, Kelantan dan Bahasa Melayu Standard (BMS) sebagaimana dalam rajah berikut :

Transkripsi   Dialek Pasir Puteh, Kelantan Transkripsi Bahasa Melayu Standard
Data 1 :
Ambo lahir ke-dunia dari serambi gelegar buluh Saya lahir ke dunia atas lantai buluh
Data 2:
Dale sebuoh basal diri atah tanoh ore Dalam sebuah pondok diri atas tanah orang
Data 3:
Umor tujuh tahun ambo pon ngaji skoloh Umur tujuh tahun saya pun belajar sekolah.
Data 4:
Cikgu-cikgu sanjung kato hati ambo ceroh Cikgu-cikgu sanjung kata hati saya cerah.
Data 5:
Ayoh slalu tingga gi pagi kelik male. Ayah selalu tinggal pergi pagi kelik malam.
Data 6:
Anok murid tiga butir kampung pakat duduk satu darjah. Anak  murid tiga butir kampung pakat duduk satu darjah.
Data 7:
Di skoloh menengoh kamil hati ambo braso sayu. Di sekolah menengah kamil hati saya berasa sayu.
Data 8:
India cino pakat likung kato budok darak mari mano. India cina pakat likung kata budak darak mari mana.
Data 9:
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade Saya la yang banyak sekali kena lari keliling padang.
Data 10.
Ambolah ore panggil Halim  anok kapong sesok hok paling berjaya. Sayalah orang panggil Halim anak kampung sesok hok paling berjaya.
Data 11 :Korek abih tukil bawah kusi celoh bata, Jale yang terakhir tanoh sbucu tu ayoh jual Cari habis semua bawah bantal. Jale yang terakhir tanah sebidang itu ayah jual.

Dapatan leksikal  analisis makna kata

Data 1:
1. gelegar (lantai) berlegar  (berputar-putaran)
Data 2:
1. diri (dibuat) Diri (duduk berdiri)
Data 3:
1. ngaji (belajar) Ngaji (membaca al-quran)
Data 4:
1. cerah (mudah menerima ilmu) Cerah (hari siang)
Data 5:
1. kelik (pulang) Kelik (berkelip-kelip mata)
Data 6:
1. butir (buah) Butir (untuk benda contoh butir peluru)
Data 7:
1. sayuk (sedih) Sayuk (jauh)
Data 8:
1. darak ( budak tidak tahu apa-apa) Darak(simbol matematik)
Data 9 :
Pade (padang) Pade (padan)
Data 10:
sesok (miskin) Sesak(lalu lintas/ tidak boleh bernafas)
 Data 11 :Bata (bantalJale (keputusan) Bata(bahan untuk membuat rumah)Jale (jalan)

4.3.5 Pragmatik

Pada tahap kajian yang terakhir ini, pengkaji memfokuskan kajian terhadap aspek penggunaan kata mengikut konteks yang dihasilkan oleh Responden.

Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah menganalisis data untuk mencari leksikal / kata pilihan pengkaji dalam gaya sebutan dialek Pasir Puteh, Kelantan yang dikuasai oleh responden..

Hasil dapatan daripada analisis yang telah dijalankan, pengkaji dapat memperlihatkan penggunaan kata berdasarkan konteks formal dan tidak formal.

Sedikit maklumat tambahan bersifat Lingusitik berkaitan dengan bidang pragmatik ialah :

Para pakar pragmatik mendefinisikan istilah ini secara berbeda-beda. Yule (1996: 3), misalnya, menyebutkan empat definisi pragmatik, iaitu (1) bidang yang mengkaji makna pembicara; (2) bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya; (3) bidang yang, melebihi kajian tentang makna yang diujarkan, mengkaji makna yang dikomunikasikan atau terkomunikasikan oleh pembicara; dan (4) bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi partisipan yang terlibat dalam percakapan tertentu. Thomas (1995: 2) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik terbagi menjadi dua bagian, pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker meaning); dan kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif, menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation). Selanjutnya Thomas (1995: 22), dengan mengandaikan bahwa pemaknaan merupakan proses dinamis yang melibatkan negosiasi antara pembicara dan pendengar serta antara konteks ujaran (fisik, sosial, dan linguistik) dan makna potensial yang mungkin dari sebuah ujaran ujaran, mendefinisikan pragmatik sebagai bidang yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction). Leech (1983: 6 (dalam Gunarwan 2004: 2)) melihat pragmatik sebagai bidang kajian dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Keterkaitan ini ia sebut semantisisme, yaitu melihat pragmatik sebagai bagian dari semantik; pragmatisisme, yaitu melihat semantik sebagai bagian dari pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik sebagai dua bidang yang saling melengkapi. Dalam kajian ini, pengkaji telah meneliti aspek pragmatik dengan memberi perhatian terhadap penggunaan kata ganti nama diri. Rumusan di bawah menghuraikan analisis penggunaan kata ganti nama dalam dialek Kelantan berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Dalam kajian ini, pengkaji telah meneliti aspek penggunaan kata berdasarkan konteks dengan memfokuskan terhadap penggunaan kata ganti nama diri berdasarkan konteks formal dan tidak formal.

Berikut adalah Rakaman Audio Aspek Penggunaan Kata Mengikut Konteks:

Berikut adalah Transkripsi Teks Dialek Pasir Puteh, Kelantan dan Bahasa Melayu Standard (BMS) sebagaimana dalam rajah berikut :

Transkripsi Dialek Jeli, Kelantan          Transkripsi Bahasa Melayu Standard
Nak bakit asal ambo nok royak sikit,
Adik kakok kalu nok kenal skali ni gak nyo bulih,
Diri ambo gelar Halim bin Yazid bin Awang TehAmbo pon besar dgn penuh kasih saye,
Dale sebuoh basal diri atah tanoh ore,Naik tingkatan skoloh menengah tok janggut,
Malu tu gak kokre baju carik sluar buruk

Ari skoloh umum keputuse stp,
Sain-sain mari kumum duk pakat cuit duk pakat puji

Puwah ayoh mikir nk cari seribu rial,
Doh ambo kno panggil masuk ngaji di U mlaya

Ambo tinggal kapong dengan line air mato,
Sapa kololupor  takdok worih sdaro maro

Ambo nok sambung kisoh diri sdiri,
doh adik kakok kapong pakat nok dengar lagi

Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal

Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,

 

DAPATAN ANALISIS LINGUISTIK : PEMBENTUKAN AYAT. Dalam usaha pengkaji memaparkan dapatan analisis, pengkaji tidak memaparkan Transkripsi Fonetik kerana kajian ini tidak ke arah kajian aspek sebutan yang memerlukan paparan Transkripsi Fonetik.

Berikut adalah hasil dapatan analisis data:

I) Kata ganti nama diri pertama merujuk kepada kata yang digunakan untuk menggantikan orang yang sedang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Contohnya, saya, aku, hamba, beta, kami dan lain-lain.

1) Penggunaan Kata ganti nama diri dalam konteks tidak formal dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan cenderung menggunakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga Jamak dan Kata Ganti Nama Diri Pertama dalam contoh 1 dan 2 :

Contoh 1 :  [ nak bakit asal ambo nok royak sikit.

Ambo adalah Kata Ganti Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri Pertama Jamak

DPPK ‘ ambo’     BMS – ‘saya’

Contoh 2 : mok oghe nok gi skolo ni.

KGND pertama ‘oghe’ digunakan semasa bercakap dengan orang yang lebih tua bagi menghormati mereka.

DPPK – ‘oghe’      BMS – ‘orang’

Contoh 3 : [ kawe nok gi make ni, demo nok ikut ko dok]

Penggunaan KGND pertama ‘kawe’ digunakan apabila bercakap dengan kawan.

DPPK – kawe      BMS – saya.

Contoh 4 : [cikgu kite xleh mari skoloh pete ni]

Penggunaan KGND ‘kite’ dianggap lembut walaupun dalam BMS ‘kita’ adalah KGND kedua, tetapi dalam DPPK ‘kite’ adalah KGND pertama.

Contoh 5 : Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai.

KGND ‘Leng’ adalah KGND pertama yang maan digunakan semasa berkomunikasi dengan ibu bapa iaitu kata panggilan nama.

2)  Penggunaan Kata ganti nama diri dalam konteks formal dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan cenderung menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua dalam contoh 1 dan 2 :

Contoh 1 :  [tapi   kalu ngan keadaan formal guna sayo]

Kata Ganti Nama Diri Pertama :

DPPK – ‘sayo’      BMS – ‘saya’

Contoh : Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial, dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar, Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., sayo tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal

ii) Kata Ganti Diri Kedua

Kata ganti nama diri kedua merujuk kepada kepada kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap. Contohnya, awak, kamu, anda dan lain-lain lagi. 

Contoh 1 : [demo nok gi mano leng]

KGND kedua ‘demo’ digunakan semasa bercakap dengan kawan-kawan.

DPPK – ‘demo’ – BMS – awk/ kamu.

Contoh 2 : Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai.

KGND kedua adalah kata panggilang nama iaitu ‘Leng’. Situasi ini berlaku apabila seorang ibu bercakap dengan anaknya atau bercakap dengan kawan-kawan.

DPPK – ‘Leng’    BMS – awak

Contoh 3 : [ mung nok gi mano Leng ?]

KGND kedua ‘mung’ digunakan semasa bercakap dengan kawan rapat.

DPPK – ‘mung;    BMS – awak/ kamu.

iii) Kata Ganti Nama Diri ketiga merujuk kepada kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap. Contoh beliau, baginda, dan lain-lain lagi.

Contoh 1 ; Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai

KGND ketiga ‘ dio’ merujuk kepada orang ketiga.

DPPK – ‘dio’    – BMS – dia.

Contoh 2 : Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal

DPPK – orghe     BMS – mereka/ orang.

Contoh 3 : Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,

DPPK – ‘anak jate’    BMS – anak lelaki.

KGND ketiga ‘anak jate’ hanya digunakan oleh orang tua sahaja dan lapisan masyarakat sekarang jarang menggunakan perkataan ini disebabkan oleh faktor pendidikan dan taraf hidup.

Contoh 4 : Ambo nok sambung kisoh diri sdiri,.doh adik kakok kapong pakat nok dengar lagi.

DPPK – ‘adik kakok’    BMS – mereka.

Contoh 5 : Sain-sain mari kumum duk pakat cuit duk pakat puji.

DPPK – ‘sain-sain’    BMS – mereka.

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis data, didapati dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan penggunaan Kata Ganti Nama Diri dan Kata Sapaan hamper sama bentuk linguistiknya dengan Bahasa Melayu Standard contohnya penggunaan bagi Kata Ganti Nama Diri Pertama ‘saya’ untuk formal dan tidak formal ‘ambo’. Perbezaan hanya lah dari segi sebutan kata dan bentuk sahaja, tapi masih sama dari aspek Kata Ganti Nama Diri. Sama dapatannya juga bagi penggunaan Kata Sapaan yang juga sama dengan Bahasa Melayu Standard.

Nak bangkit asal saya nak beritahu sedikit Adik kakak kalau nak kenal sekali ininya bolehDiri saya bergelar Halim Yazid bin Awang TehSaya pun besar dengan penuh kasih sayang.

Dalam sebuah pondok didirikan atas tanah orang. Masuk tingkatan sekolah menengah Tok Janggut. Malu sangat kepada orang baju koyak seluar buruk.

Hari sekolah umum keputusan STPM.

Kawan-kawan datang likung dan pakat puji,

Puas ayah pikir nak cari seribu ringgit,

Sebab saya dapat masuk belajar di universiti Malaya.

Saya tinggal kampung dengan berlinang air mata. Sampai Kuala Lumpur tiada saudara mara. Saya nak sambung kisah diri sendiri,

Sebab adik kakak kampung semua nak dengar lagi. Mak saya rebus ubi, bungkus buat bekal.

Mak pesan hari-hari, Halim belajarlah pandai-pandai.

Ada satu ketika cikgu minta sepuluh ringgit.

Cikgu kata sekolah kita nak pergi melawat sambil belajar.

t

tiada apa dah cikgu, saya tidak dapat bayar, orang lain pergi semua, saya seorang sahaja yang tinggal. Hantar sekolah anak lelaki hanya habiskan harta.


4.34  Kesimpulan
 kesimpulan yang dapat dirumuskan, bidang linguistik mempunyai banyak bahagian yang penting seperti fonetik, morfologi, sintaksis, semantik, dan pragmatik. bidang ini mempunyai kelebihan masing-masing.

Bab 5

Secara kesimpulannya, didapati bahawa walaupun terdapat perbezaan leksikal yang ketaran antara dialek Kelantan dan Bahasa Melayu Standard, namun terdapat juga persamaan yang dapat dilihat dari segi pembentukan ayat, leksikal yang sama dengan bahasa Melayu Standard, dan sebagainya.

Kajian yang dilakukan ini diharap agar dapat memberi pendedahan serba sedikit mengenai aspek-aspek linguistik yang terdapat dalam dialek Kelantan dengan menjadikan bahasa Melayu Standard sebagai penanda aras. Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa dialek Kelantan merupakan salah satu bahasa yang unik di Malaysia dan perlu dipelihara.selain itu, pengkaji mendapati terlalu banyak perbezaan dialek Kelantan den bahasa Melayu standard. perbezaan tersebut boleh dijadikan sebagai penambahan perkataan dan juga maksud sekali gus menjadi rujukan kepada orang luar bagi menyenangkan mereka mempelajari dialek atau bahasa Melayu standard. Oleh itu, kajian yang lebih banyak dan mendalam terhadap dialek Kelantan ini haruslah dijalankan bagi memelihara keunikan bahasa selain pelbagai dialek yang terdapat di Malaysia.

Statistik

1.0   Pengenalan Statisktik didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik untuk mengumpul, menyusun, meringkas,mempersembahkan dan menganalisis data serta membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan berdasarkan hasil penganalisian data tersebut. Berdasarkan kursus aplikasi komputer dalam kajian Linguistik ini, statistik digunakan untuk melihat dan  menganalisis personaliti  responden Facebook berdasarkan pandangan atau andaian  iaitu  pandangan awal pengkaji, responden itu sendiri dan rakan responden melalui pemerhatian. Responden pula merujuk kepada subset populasi yang dipilih untuk mewakili populasi.  Statistik yang dipaparkan merupakan maklumat yang sahih berdasarkan ‘survey monkey ’ yang  dianalisis oleh pengkaji. Oleh itu,  kesahihan  personaliti  responden facebook dapat dilihat berdasarkan  statistik yang telah dipaparkan. melalui statistik kita dapat membuktikan sesuatu andaian, oleh hal yang demikian, satu siri ujian akan dijalankan dan dilaksanakan untuk menyusun dan memaparkan segala data yang telah diperolehi oleh pengkaji daripada setiap reponden yang telah menjawab borang kaji selidik menggunakan Surveymonkey. Statistik yang dijalankan kepada lima domain personaliti dan setiap responden wajib menjawab setiap personaliti. Setiap responden akan dianalisis untuk mengetahui tentang kesahihan sikap atau personaliti yang menjadi domain mereka.

2.0  Pernyataan Masalah Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

Kajian tentang personaliti seseorang rakan Facebook ini dilakukan dengan menggunakan metodologi tertentu. Antara metodologi yang digunakan ialah menggunakan KAEDAH KUANTITATIF. Gambar rajah dibawah menunjukkan perjalanan metodologi kajian pengkaji :

metod

Metodologi kajian merangkumi aspek persampelan, alat kajian dan prosedur kajian. Kajian ini ialah kajian kuantitatif.

6.0   Persampelan Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.

7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden. Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden. Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

7.3   Pengkodan responden. Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan  kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.

7.5   Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden. Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden. Item soalan : Soalan yang ditanya kepada responden

  1. Sebagai pemandu apakah tindakan anda apabila melihat segelintir pemandu lain memandu dalam keadaan berbahaya ?
  2. Apabila  andamemandu dan anda melihat terdapat mangsa kemalangan, apakah tindakan anda ambil?
  3. Sebagai masyarakat umum apakah tindakan anda apabila melihat kanak-kanak menjadi  peminta sedekah?
  4. Apakah tinadakan anda apabila melihat kanak-kanak lemas?
  5. Apakah tindakan anda apabila melihat seseorang dipatuk ular?
  6. Apakah tindakan  anda apabila rakan anda tidak sengaja menjatuhkan telefon anda?
  7. Apakah tindakan  anda apabila melihat ibu rakan anda sedang membuat kerja rumah?
  8. Apakah tindakan yang diambil oleh anda apabila meminta wang daripada bapa anda dan bapa anda menyatakan dia ketiadaan wang?
  9. Anda seorang pelajar yang pintar dan apakah tindakan anda apabila melihat rakan anda yang lain lemah dalam pelajaran?

7.7  Soal-selidik rakan responden. Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Soalan yang ditanya kepada rakan responden

  1. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan apabila melihat segelintir pemandu lain memandu dalam keadaan berbahaya ?
  2. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat kanak-kanak menjadi peminda sedekah ?
  3. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat ada seorang kanak-kanak lemas?
  4. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat seseorang dipatuk ular?
  5. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda yang lain tidak sengaja menjatuhkan telefon anda?
  6. Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat ibu rakan anda sedang membuat kerja rumah?
  7. Bagi pendapat anda apakah tindakan yang diambil oleh rakan anda apabila meminta wang daripada bapa anda dan bapa anda menyatakan dia ketiadaan wang?
  8. Rakan anda seorang pelajar yang pintar dan apakah tindakan rakan anda apabila melihat rakan anda yang lain lemah dalam pelajaran?
  9. Apabila anda dan rakan anda memandu dan rakan and melihat terdapat mangsa kemalangan, bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda ambil?

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 70% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 69% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin. 7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

baru statistik

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang meyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah meyakinkan.

8.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   78%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang meyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 78%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah meyakinkan.

8.3   Berdasarkan jadual di atas didapati   78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang meyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 masih lagi berpersonaliti ekstrovert. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 78%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah meyakinkan.

8.4   Berdasarkan jadual di atas didapati   89%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang meyakinkan dengan 89% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 89%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.

8.5   Berdasarkan jadual di atas didapati   56 daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 61.5%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah meyakinkan menyakinkan.

9.0 Rumusan Kajian

Sebagai rumusan, kebanyakkan tanggapan pengkaji mengenai personaliti rakan facebook adalahmenyakinkan seperti rakan facebook yang berpersonaliti berfikiran terbuka, ektrovert ,menyenangkan perasaan, berhemah dan neurotik. Hal ini demikian kerana tanggapan responden terhadap dirinya sendiri dan tanggapan rakan responden terhadap responden adalah sama dan boleh dikategorikan sebagai data yang  ’sahih’ berdasarkan ‘survey monkey’ yang dibuat. kesimpulannya, kesemua  tanggapan personaliti rakan facebook adalah boleh diterima dengan melihat 10 posting dan komennya   responden yang telah dilakukan dalam kursus SKPB 1023  sebelum ini.