Bab 1

Bab 1

Pengenalan

1.1 PENGENALAN

Kajian ini akan mengkaji mengenai dialek kelantan yang dituturkan oleh penutur natif yang berasal dari negeri Kelantan dengan membincangkan beberapa aspek bahasa yang utama iaitu dari sudut fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Fonologi ialah kajian mengenai bunyi bahasa yang mana kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa, morfologi pula melihat dari aspek struktur kata, binaan kata, bentuk kata, dan golongan kata dialek Kelantan tersebut. Seterusnya aspek sintaksis merupakan kajian mengenai pembinaan ayat, semantik merupakan bidang ilmu mengenai kajian atau analisis makna yang melibatkan makna secara sinkronis dan aspek yang kelima iaitu pragmatik merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi penggunaan struktur bahasa sebagai alat perhubungan antara dua hala iaitu penutur dan pendengar sama ada komunikasi lisan atau bukan lisan. Lima aspek ini dikaji menggunakan pengaplikasian komputer seperti aplikasi “antconc” untuk menganalisis jumlah data linguistik, dan menggunakan perisian “soundcloud” untuk simpanan audio, perisian “survey monkey” untuk membuat kaji selidik latar belakang responden/sample kajian. Seterusnya hasil dapatan kajian yang diperolehi akan dipaparkan menerusi laman youtube untuk dipaparkan pula pada blog “wordpress”.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan Masalah

Aplikasi dalam kajian Linguistik bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar mengenai pengaplikasian komputer dalam kajian Linguistik. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aspek Linguistik yang terdapat dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan dan membuat perbandingan antara dialek tersebut dengan bahasa Melayu standard. Kajian ini dilakukan oleh pengkaji adalah bertujuan  untuk mengetahui masalah yang timbul dalam sebutan, beberapa aspek proses mengkaji morfologi  juga perlu diberi perhatian iaitu mengkaji mengenai penggunaan imbuhan seperti imbuhan awalan dan akhiran yang dihadapi oleh penutur dialek Pasir Puteh , Kelantan. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji permasalahan mengenai pembentukan kata yang terbentuk dalam dialek Pasir Puteh, Kelantan yang bercanggah dengan bahasa Melayu standard. Perbezaan dari segi semantik juga akan dilihat sama ada wujudnya perbezaan semantik antara dialek yang dikaji dengan bahasa Malaysia Standard atau tidak. Oleh itu, kajian ini juga akan menumpukan terhadap penggunaan pragmatik iaitu untuk melihat cara penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan menggunakan dialek tersebut mengikut situasi yang sesuai seperti kata panggilan keluarga atau sebagainya. Hal ini menimbulkan pemasalahan kerana mengkin terdapat pelbagai perbezaan aspek Linguistik antara dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

Kajian ini juga dilakukan oleh penduduk asal Pasir Puteh yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya. Kajian-kajian mengenai dialek Kelantan banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas, namun kebanyakkan mereka tidak menyentuh mengenai dialek Pasir Puteh, Kelantan. Contohnya kata panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu Kuala Krai, Kelantan yang ditulis oleh Nor Kasmaliza Binti Bonia (2008), Kesopanan Berbahasa dalam komunikasi dialek Kelantan : Segman apa khabar orang kampung kita (AKOK) dalam radio Malaysia Kelant yang ditulis oleh Siti Zaleha Bt Mohd Nor (2010) dan analisis pola-pola pembentukan kata perkataan dalam sembang maya dialek Kelantan yang ditulis oleh Aminuddin Bin Othman (2010). Namun demkian, pengkajian secara khusus mengenai dialek Pasir Puteh, Kelantan masih tidak dilakukan. Hal ini menimbulkan kelompangan dalam kajian yang akan diisi oleh pengkaji.

Kajian pengaplikasian dalam komputer ini dibuat selama 14 minggu iaitu bermula pada minggu pertama perkuliahan sehinggalah pengahiran kursus ini. Antara kepentingan yang boleh dikenal pasti dalam kajian ini ialah masa untuk untuk data kajian daripada responden boleh dibuat sepanjang perkuliahan. Namun begitu, terdapat beberapa pemasalah yang perlu diatasi iaitu masa lapang pengkaji dengan responden kadang kala bercanggah. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar untuk mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat. Kekangan-kekangan seperti ini sedikit sebanyak menyukarkan pegumpulan data daripada resonden.

rujukan  :

kata panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu Kuala Krai, Kelantan yang ditulis oleh Nor Kasmaliza Binti Bonia (2008).

Kesopanan Berbahasa dalam komunikasi dialek Kelantan : Segman apa khabar orang kampung kita (AKOK) dalam radio Malaysia Kelantan yang ditulis oleh Siti Zaleha Bt Mohd Nor (2010).

Analisis pola-pola pembentukan kata perkataan dalam sembang maya dialek Kelantan yang ditulis oleh Aminuddin Bin Othman (2010)

1.3  SOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau masalah berikut;

1.  Apakah perbezaan  perkataan yang dibunyikan oleh penutur natif dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.

2.  Apakah pembentukan kata yang diujarkan oleh penutur natif dialekPasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard .

3.   Apakah perbezaan antara strukutur pembentukan ayat dalam dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard

4.    Apakah makna  disebalik perkataan, frasa, dan ayat yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh , Kelantan yang mempunyai makna  yang tersendiri.

5.   Apakah perbezaan kata antara   dialek Kelantan berbanding Bahasa Melayu Standard dalam situasi percakapan harian mengikut pangkat atau status.

1.4 OBJEKTIF  KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif utama iaitu :

  1. Mengena lpasti  perbezaan  perkataan yang dibunyikan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard .
  2. Mengenal pasti  pembentukan kata yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan dengan bahasa Melayu standard.
  3.  Mengenal pasti  perbezaan antara strukutur pembentukan ayat dalam dialek  Pasir Puteh, Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.
  4. Mengenal pasti  makna  disebalik perkataan, frasa, dan ayat yang diujarkan oleh penutur natif dialek Pasir Puteh, Kelantan yang mempunyai makna  yang tersendiri..
  5. Mengkaji perbezaan kata antara   dialek Kelantan berbanding Bahasa Melayu Standard dalam situasi percakapan harian mengikut pangkat atau status.

1.5   SKOP KAJIAN

Kajian ini ialah kajian tentang pengenalan kepada pengunaan atau aplikasi komputer dalam linguistik dan kajian bahasa. Kajian ini hanya tertumpu kepada penutur dialek Pasir Puteh, Kelantan yang menggunakan dialek tersebut sepenuhnya. Dalam konteks kajian ini, sasaran yang dipilih adalah responden  yang menjadi penduduk asal bagi daerah tersebut. Seorang responden dipilih untuk dikaji daripada  pelbagai aspek yang terdapat dalam Lingustik yang meliputi aspek Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik dan Pragmatik. Setiap aspek tersebut mempunyai soalan-soalan yang berbeza bagi memudahkan kajian dijalankan mengikut kesesuaian aspek-aspek tersebut.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini akan memperlihatkan persamaan atau perbezaan dari segi sebutan, pembentukan kata, tabahasa, makna kata dan juga penggunaan bahasa pasa sesuatu situasi antara dialek Kelantan dan Bahasa Melayu baku.