Penilaian Kursus

Penilaian tentang Kursus SKBP 1023 – Bahasa dan Teknologi Maklumat

Assalamualaikum pembuka bicara. bersyukur kepadaNYA kerana saya dapat menyiapkan kerja khursus ini. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan juga rakan-rakan kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja khursus saya ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun untuk pensyarah yang saya kasihi.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong Ā jolokkan,
saya budak baru belajar,kalau salah tolong Dr tunjukkan šŸ™‚

Pertama sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pensyarah Bahasa dan Teknologi Maklumat, Dr Zulkifli yang begitu banyak menolong dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran. saya pada awalnya seperti ”kain putih” tetapi Dr telah mencorakkan kain tersebut sehingga mempunyai nilai yang tinggi. terima kasih Dr.

Disini saya ingin membuat penilaian saya terhadap kursus ini, terlebih dahulu saya ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan yang ada dalam diri saya sepanjang bergelar anak didik Dr. sesungguhnya yang baik dariNYA dan yang buruk dari kelemahan diri saya sentiasa. oleh itu, saya akan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya ini. Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya telah banyak memperolehi pengalaman positif meskipun negatif.

Pada pandang pertama saya menceburi diri saya dalam kursus ini saya tidak lagi jatuh hati terhadap kursus ini sebab bagi saya kursus ini sukar dan susah, terus terang saya katakan mula-mula saya libatkan diri dalam kursus ini saya tidak ada langsung asas untuk kursus ini umpama saya mengambil kursus ini seperti ”layang-layang terputus talinya” diri saya semata-mata bergantung kepada angin yang bertiupan di udara yang akan membawa dan menentukan arah mana saya akan terbang. Saya begitu berdebar-debar dan kurang keyakinan terhadap diri untuk menyiapkan kursus ini terutma dalam menyiapkan blog ini.

Ini kerana, saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang teknologi maklumat. Pada mulanya saya merasakan ianya agak sukar, akan tetapi setelah saya memasuki kelas tutorial, bantuan dari rakan-rakan yang lain dan penggunaan medium facebook dalam berhubung dengan pensyarah sekiranya saya tidak memahami sesuatu perkara menjadikan subjek ini menjadikan ianya tidak sesukar yang saya bayangkan sebelum ini. Saya melihat rakan-rakan saya boleh lakukan,saya mesti kuat semangat dan mempunyai keyakinan yang tinggi agar diri saya tidak tersingkir.

Dalam kursus ini juga saya diajar banyak ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat. Selain daripada blog, saya juga didedahkan dengan Ā pendedahan tentang perisian AntConc telah menambahkan ilmu pengetahuan saya untuk mengetahui kekerapan kata yang digunakan dalam sesuatuĀ  teks ucapan tersebut. Dengan adanya perisian seperti ini, sesuatu teks ucapan yang dikaji lebih mudah dan cepat.

Setakat ini saya merasakan diri saya tidaklah terlalu buta ICT kerana saya telah banyak mempelajari daripada Dr.

Oleh itu, saya berharap melalui penilaian saya terhadap kursus ini dapat membantu meningkatkanĀ  dan membaiki kekurangan yang sedia ada untuk kemudahan semua.

A JOURNEY TO WORDPRESS

WordPress adalah sebuah aplikasi sumber terbuka (open source) yang sangat popular digunakan sebagai mesin blog (blog engine). WordPress dibangun dengan bahasa pemprograman PHP dan basis data (database) MySQL. PHP dan MySQL, keduanya merupakan sumber terbuka (open source software). Selain sebagai blog, WordPress juga mulai digunakan sebagai sebuah CMS (Content Management System) kerana kemampuannya untuk dimodifikasi dan disesuaikan dengan keperluan penggunanya. WordPress adalah penyambung rasmi dari b2/cafelog yang dikembangkan oleh Michel Valdrighi. Nama WordPress diusulkan oleh Christine Selleck, teman ketua pengembang (developer), Matt Mullenweg.

Advertisements