Responden 1

Surveymonkey

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Bagi menyudahkan tugasan saya pada kali ini dalam khusus Bahasa dan Teknologi Maklumat saya ditugaskan untuk menjalankan soal selidik dengan memggunakan kaedah soal selidik atas talian (online questionnaire) iaitu Survey Monkey. Dengan menggunakan kaedah soal selidik saya dapat mengenalpasti personaliti responden yang saya pilih dengan lebih terperinci dan dapat mengetahui sama ada dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah Facebook responden dan analisis data berdasarkan soal selidik rakan responden yang saya jalankan sebelum ini adalah tepat atau sebaliknya. Saya telah menjalankan soal  selidik ini ke atas responden dan juga rakan responden.

Survey Monkey

Dimulakan pada tahun 1999 oleh Ryan Finley dan Chris Finley. Survey Monkey adalah satu alat kaji selidik atas talian yang membolehkan semua orang membuat kajian mereka sendiri dengan cepat dan mudah. Setiap hari beribu-ribu orang membuat maklum balas mereka tentang sesuatu kajian  melalui Survey Monkey. Pejabat Survey Monkey terletak di Portland, Oregon, Palo Alto, California, dan Funchal, Portugal.

Langkah-langkah untuk menjalankan kajian dengan menggunakan Survey Monkey:

  • Menubuhkan matlamat kajian (apa yang hendak dikaji?).
  • Menentukan responden dan rakan responden ( siapa yang hendak dibuat kaji selidik?).
  • Membina soal selidik (apa yang hendak ditanya?)

Saya perlu membina soalan dalam Servey Monkey dan langkah pertama yang saya lakukan adalah dengan membuka laman web www.surveymonkey.com. Setelah siap saya perlu ‘sign in’ dengan mengisi nombor ID dan kata laluan kemudian klik ‘create survey’ dan pilih kategori ‘Education’ dan klik ‘Continue’.

Kemudian saya membuat soalan dalam Survey Monkey. Soalan tersebut haruslah menggunakan pelbagai pilihan jawapan-memilih satu jawapan sahaja.

Setelah siap membuat soalan, saya simpan soalan dan ‘copy’ pautan soalan tersebut dan ‘paste’dalam Facebook responden dan rakan responden. Saya meminta responden dan rakan responden menjawab soalan tersebut. Setelah itu, saya mula mengkaji jawapan yang diberikan oleh responden dan rakan responden.

Responden:

2. 0  Analisis Data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey

a) Dalam kajian soal-selidik saya telah menggunakan survey monkey untuk mengkategorikan responden dalam 5 domain yang ada. Soal-selidik yang telah saya buat, responden telah memilih jawapan yang kebanyakannya fokus ke arah kategori berfikiran terbuka. Dari sembilan item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 6 jawapan bagi kategori berfikiran terbuka, 1 jawapan untuk berhemah dan 2 jawapan untuk ekstrovert.

b) Antara contoh soalan yang telah dijawab oleh responden dalam soalan 8 iaitu, “Apakah tindakan anda apabila melihat ibu anda sedang  membuat kerja rumah ?” Responden telah memilih bahawa beliau akan menanyakan ibu apa yang beliau boleh tolong. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang ingin tahu dengan masalah yang berlaku disekelilingnya.

Rakan responden :

3. 0  Analisis Data berdasarkan Pertanyaan Pendapat kepada Sahabat Responden

a) Bagi pendapat rakan responden, rakan responden telah mengatakan bahawa responden seorang yang berfikiran terbuka. Saya telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh rakan responden di mana beliau telah memilih 6 jawapan bagi kategori berfikiran terbuka, 2 untuk berhemah, dan 1 neurotik.
b) Hal ini kerana bagi rakan responden, personaliti responden lebih ke arah kategori tersebut. Contohnya dalam item soalan 7 iaitu “.  Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat ibu rakan anda sedang  membuat kerja rumah? Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?” rakan responden telah memilih jawapan bahawa responden akan menanyakan ibu responden apa yang responden boleh tolong. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang ingin tahu dan mudah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

4.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada rakan responden, menunjukkan bahawa pandangan saya terhadap bahasa dan  personaliti responden mempunyai persamaan. Ini kerana saya berpendapat bahawa responden lebih cenderung ke arah berfikiran terbuka. Responden itu sendiri juga lebih tercondong ke arah kategori berfikiran terbuka dan begitu juga rakan responden itu sendiri menyatakan bahawa responden jatuh dalam kategori berfikiran terbuka.

Responden 2

Responden :

 

2. 0  Analisis Data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey

a) Dalam kajian soal-selidik saya telah menggunakan survey monkey untuk mengkategorikan responden dalam 5 domain yang ada. Soal selidik telah dijawab oleh responden menunjukkan bahawa jawapan beliau kebanyakannya fokus ke arah kategori berhemah. Dari sembilan item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 1 jawapan untuk ekstrovert, 2 jawapan untuk menyenangkan perasaan dan 6 untuk berhemah.
b) Antara contoh soalan yang telah dijawab oleh responden dalam item soalan nombor 1 ialah “Sebagai seorang pelajar, apakah tindakan anda apabila melihat segelintir pelajar lain membuang sampah di merata-rata tempat ?’’Responden telah memilih jawapan bahawa beliau akan  menghampiri pelajar tersebut dan memberi nasihat kepada mereka. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang berhemah.

Rakan responden :

3. 0  Analisis Data berdasarkan Pertanyaan Pendapat kepada Sahabat Responden

a) Menurut sahabat responden, beliau berpandangan bahawa responden dapat dikategorikan seorang yang berhemah. Saya telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh sahabat responden di mana beliau telah memilih 1 jawapan untuk menyenangkan perasaan, 4 jawapan untuk berhemah, 1 jawapan untuk ekstrovert, 2 jawapan untuk kategori menyenangkan perasaan dan 1 untuk neurotik.
b) Hal ini kerana bagi rakan responden, personaliti responden lebih ke arah kategori tersebut. Contohnya dalam item soalan nombor 2 iaitu “Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat segelintir pemandu lain memandu dalam keadaan berbahaya? Rakan responden telah memilih jawapan bahawa responden akan memberi laluan kepada pemandu tersebut untuk mengelakkan  kemalangan berlaku. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan pandangan rakan responden bahawa responden seorang yang berperancangan melalui pandangan rakan responden itu tentang personaliti responden.

4.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada rakan responden, apabila melihat analisis dan data yang diperolehi, ada perbezaan dari segi pandangan antara saya dengan rakan responden. Hasil soal-selidik yang telah dijawab oleh responden menunjukkan responden seorang yang berhemah akan tetapi ada sedikit perbezaan rakan responden.Hal ini demikian kerana, melalui data tersebut saya melihat bagi pendapat rakan responden, responden adalah seorang yang agak ekstrovert berdasarkan data mentah. Walau bagaimanapun ,melaui soal-selidik ini mendapati bahawa status responden masih mencerminkan personaliti responden itu sendiri iaitu berhemah.

Responden 3

Responden :

2. 0  Analisis Data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey

a) Dalam kajian soal-selidik saya telah menggunakan survey monkey untuk mengkategorikan responden dalam 5 domain yang ada.  Soal-selidik yang telah dijawab oleh responden menunjukkan bahawa jawapan beliau kebanyakannya fokus ke arah kategori ekstrovert. Dari sembilan item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 3 jawapan untuk berfikiran terbuka, 2 jawapan untuk berhemah, 4 jawapan untuk ekstrovert.
b) Antara contoh soalan yang telah dijawab oleh responden dalam soalan 2 iaitu “. Sebagai pemandu apakah tindakan anda apabila melihat segelintir pemandu lain memandu dalam keadaan berbahaya ?” Responden telah memilih bahawa beliau akan  memberikan  nasihat kepada pemandu tersebut agar berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang mesra dengan orang yang berada dengan sekelilingnya dan saling mengingati antara satu sama lain untuk kebaikan bersama.

Rakan responden :

3. 0  Analisis Data berdasarkan Pertanyaan Pendapat kepada Sahabat Responden

a) Bagi rakan responden,rakan responden mengatakan bahawa responden seorang yang ekstrovert. Saya telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh rakan responden di mana beliau telah memilih 2 jawapan untuk berhemah, 4 jawapan untuk ekstrovert, dan 3 jawapan untuk kategori menyenangkan perasaan.

b) Bagi pendapat rakan responden, personaliti responden lebih ke arah kategori tersebut. Contohnya dalam item soalan 10 iaitu “apabila anda dan rakan anda memandu dan rakan anda  melihat terdapat mangsa kemalangan, bagi pendapat anda sebagai rakan responden apakah tindakan  rakan anda ambil ?  Pada pandangan rakan responden,responden akan berhenti dan membantu mangsa tersebut. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan pandangan sahabat responden bahawa responden seorang yang bertenaga dan memperoleh inspirasi daripada situasi sosial kerana responden membantu mangsa dengan ilmu yang responden miliki.

4.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada rakan responden, menunjukkan bahawa pandangan saya terhadap bahasa dan  personaliti responden adalah sama dengan rakan responden. Ini kerana saya berpendapat bahawa responden lebih ke arah kategori ekstrovert berdasarkan data mentah yang diperoleh. Setelah responden itu sendiri yang menjawab soal-selidik ini, dapat dilihat bahawa kategori responden memang cenderung ke arah ekstrovert dan jawapan dari rakan responden juga menunjukkan persamaan pandangan. Rakan responden menjawab soal-selidik tersebut dan jawapannya lebih ke arah kategori ekstrovert.

Responden 4

Responden :

2. 0  Analisis Data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey

a) Dalam kajian soal-selidik saya telah menggunakan survey monkey untuk mengkategorikan responden dalam 5 domain yang ada. Soal-selidik yang telah saya buat, responden telah memilih jawapan yang kebanyakannya fokus ke arah kategori berfikiran terbuka. Dari sembilan item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 6 jawapan bagi kategori berfikiran terbuka, 1 jawapan untuk berhemah dan 2 jawapan untuk ekstrovert.

b) Antara contoh soalan yang telah dijawab oleh responden dalam soalan 8 iaitu, “Apakah tindakan anda apabila melihat ibu anda sedang  membuat kerja rumah ?” Responden telah memilih bahawa beliau akan menanyakan ibu apa yang beliau boleh tolong. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang ingin tahu dengan masalah yang berlaku disekelilingnya.

Rakan responden :

3. 0  Analisis Data berdasarkan Pertanyaan Pendapat kepada Sahabat Responden

a) Bagi pendapat rakan responden, rakan responden telah mengatakan bahawa responden seorang yang berfikiran terbuka. Saya telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh rakan responden di mana beliau telah memilih 6 jawapan bagi kategori berfikiran terbuka, 2 untuk berhemah, dan 1 neurotik.
b) Hal ini kerana bagi rakan responden, personaliti responden lebih ke arah kategori tersebut. Contohnya dalam item soalan 7 iaitu “.  Bagi pendapat anda apakah tindakan rakan anda apabila melihat ibu rakan anda sedang  membuat kerja rumah? Pada pandangan anda, apakah yang akan dilakukannya?” rakan responden telah memilih jawapan bahawa responden akan menanyakan ibu responden apa yang responden boleh tolong. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang ingin tahu dan mudah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

4.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada rakan responden, menunjukkan bahawa pandangan saya terhadap bahasa dan  personaliti responden mempunyai persamaan. Ini kerana saya berpendapat bahawa responden lebih cenderung ke arah berfikiran terbuka. Responden itu sendiri juga lebih tercondong ke arah kategori berfikiran terbuka dan begitu juga rakan responden itu sendiri menyatakan bahawa responden jatuh dalam kategori berfikiran terbuka.

Responden 5

Responden :

2. 0  Analisis Data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey

a) Dalam kajian soal-selidik saya telah menggunakan survey monkey untuk mengkategorikan responden dalam 5 domain yang ada. Dalam soal-selidik yang telah dijawab oleh responden menunjukkan bahawa jawapan beliau kebanyakannya fokus ke arah kategori neurotik. Dari sembilan item yang telah saya sediakan, responden telah memilih 1 jawapn untuk berfikiran terbuka, 2 jawapan untuk berhemah, 2 jawapan untuk ekstrovert,  3 jawapan untuk neurotik dan 1 untuk menyenangkan perasaan.
b) Antara contoh soalan yang telah dijawab oleh responden dalam soalan 5 iaitu “. Apakah tindakan anda apabila melihat ada seorang kanak-kanak lemas”? Responden telah memilih bahawa beliau akan memarahi kanak-kanak tersebut . Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan bahawa responden seorang yang sensitif.

Rakan responden :

3. 0  Analisis Data berdasarkan Pertanyaan Pendapat kepada Sahabat Responden

a) Bagi rakan responden,rakan responden telah mengatakan bahawa responden seorang yang neurotik. Saya telah menganalisis soal-selidik yang telah dijawab oleh sahabat responden di mana beliau telah memilih 2 jawapan untuk berhemah, 1 jawapan untuk ekstrovert, 1 jawapan untuk kategori menyenangkan perasaan dan 5 untuk neurotik.

b) Hal ini kerana bagi rakan responden, personaliti responden lebih ke arah kategori tersebut. Contohnya dalam item soalan 4 iaitu “Bagi pendapat anda apakah tindakan  rakan anda apabila melihat ada seorang kanak-kanak lemas?. Pada pandangan rakan responden, apakah yang akan dilakukannya?” rakan responden telah memilih jawapan bahawa responden akan memarahi kanak-kanak tersebut kerana responden adalah seorang yang sensitif. Oleh itu, berdasarkan model ‘Lima Domain Personaliti’, menunjukkan pandangan rakan responden bahawa beliau seorang yang bersikap tegang dan sensitif dalam apa juga tindakan yang dilakukannya.

4.0 Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis data mentah daripada Facebook responden, analisis data berdasarkan Soal-Selidik SurveyMonkey, dan analisis data berdasarkan pertanyaan pendapat kepada rakan  responden, menunjukkan bahawa pandangan saya terhadap bahasa dan  personaliti responden adalah sama dengan rakan responden. Ini kerana saya berpendapat bahawa responden lebih cenderung ke arah kategori neurotik dan ini dikukuhkan lagi dengan soal-selidik yang telah dijawab oleh responden. Di mana jawapan beliau juga condong ke arah kategori tersebut. Rakan responden juga memberi jawapan lebih ke arah neurotik dalam kajian yang saya jalankan iaitu data mentah yang saya perolehi melalui soal-selidik surveymonkey.