Terjemahan Rakaman Video

Penutur ingin mengenang kembali kenangan masa silam dan ingin berkongsi dengan orang ramai. Diri penutur bergelar sebagai Halim bin Yazid bin Awang Teh. Penutur berasal di kampung Canggai dalam daerah pasir puteh.
Pada 25 Oktober thun 1960,penutur telah lahir ke dunia di atas lantai beralaskn buluh pada awal subuh. Apabila penutur membuka mata,beliau melihat sungguh cantik dunia ini.
Beliau dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang berada dalam sebuah pondok yang didirikan atas tanah orang. Ayahnya selalu keluar setiap pagi dan pulang malam untuk mencari rezeki.
Masa beliau 7 tahun,beliau pun mula bersekolah. Satu kelas merangkumi pelajar dari 3 buah kampung. Cikgu ramai yang memuji beliau dengan mengatakan hati beliau cerah kerana beliau hanya mencongak matematik sahaja.
Masa sekolah menengah beliau belajar di sekolah Tok Janggut. Beliau malu kerana beliau hanya memakai seluar buruk dan baju koyak. Untuk membayar yuran,tambang bas dan beli buku,ayah beliau terpaksa menjual ayam kesayangan ayahnya.
Keputusan spm beliau memperolehi gred 1. Beliau berasa sedih apabila masuk tingkatan 6 beliau terpaksa tukar ke sekolah kamil. Beliau malu untuk mendekati rakan-rakannya kerana rakan-rakan beliau semua orang senang.
Beliau serabut dengan pemandu bas kerana hari-hari minta tambang bas kerana beliau tidak membayar lagi tambang bulan lepas dengan bulan ini menyebabkan beliau lompat turun dari bas dan berjalan kaki sambil memikul beg.
Dari kampung beliau ke sekolah menengah kamil beliau hanya berjalan kaki sambil berlari dengan air mata berlinangan. Beliau jarang sangat berada dalam keadaan kenyang kerana selalunya beliau hanya berada dalam keadaan lapar kerana duit poket beliau hanya rm1 seminggu dan beliau fikir wang tersebut lebih baik simpan.
Tibalah keputusan stpm diumumkan. Rakan-rakan beliau datang kearah beliau dan memuji beliau kerana keputusan beliau paling tinngi atau cemerlang.
Ayah beliau buntu memikirkan cara untuk mencari wang bagi menanggung beliau untuk masuk universiti. Ayah membuat keputusan untuk menjual sekeping tanah yang keluarga beliau ada.
Beliau meninggalkan kampung dengan perasaan sedih atau tangisan. Di kuala lumpur beliau tidak mempunyai saudara mara. India,cina mengelilingi beliau pada hari pertama pendaftaran.
Beliau ingin menyambungkan kisah mengenai diri beliau dan beliau berasa berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kerana orang ramai mengambil perhatian terhadap beliau.
Beliau memberitahu bahawa semasa kecil beliau hanya makan nasi dan kalau mempunyai sekerat ikan pun beliau terpaksa membahagikan kepada dua. Di dapur beliau hanya mempunyai garam dan jarang sangat mempunyai gula.malam beliau hanya minum air perigi. Ibu beliau selalu merebus ubi untuk beliau jadikan sebagai bekal dan ibu beliau selalu berpesan kepada beliau supaya belajar rajin-rajin.
Beliau pergi ke sekolah dengan keadaan berlari-lari dan beliau bertekad ingin belajar bersungguh-sungguh.
Pada satu hari cikgu telah meminta rm10 setiap orang kerana pihak sekolah mengadakan lawatan sambil belajar tetapi beliau tidak mampu bayar menyebabkan beliau seorang sahaja tidak ikut serta dalam program tersebut.
Pengalaman pahit beliau ialah latihan pada waktu petang apabila beliau didenda oleh guru beliau keliling padang sekolah kerana beliau tidak mampu membeli kasut sukan dan seluar pendek.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru beliau kerana telah membimbing beliau menjadi manusia yang berguna dan beliau meminta guru beliau menghalalkan ilmu yang diberi.
Beliau masuk university pada tahun 1980an. Beliau bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana malu dengan kata-kata saudara mara beliau yang merendah-rendahkan beliau kerana mereka menganggap bahawa menghantar anak lelaki belajar hanya menghabiskan harta.
Ibu bapa beliau menjadi peneroka getah di kesedar lebir 1 semata-mata ingin menanggung beliau masuk universiti.
Kerana keluarga beliau berada dalam keadaan susuh,ayah beliau terpaksa membuat keputusan untuk berpisah dan ikut haluan masing-masing. Beliau terpaksa tinggal di kuala lumpur hanya seorang dan adik-adik yang lain tinggal di kampung.
Sterusnya kisah beliau semasa berada di universiti. Beliau hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja kerana tidak mampu untuk membeli buku.
Pada hari konvokesyen beliau hanya memakai baju yang berharga hanya rm12 sehelai.beliau sangat gembira kerana hari konvokesyen beliau beranggapan bahawa hari untuk ibu bapa dan mengharapkan supaya ibu bapa beliau berasa bangga. Beliau dapat membuktikan bahawa anak orang miskin pun boleh Berjaya.